Oleh carolhumairah · 31/01/2026 · 4 paparan
21 JANUARI 2026, RABU - Mesyuarat Karnival Masjid Madani 2.0 Sempena Hari Wilayah Persekutuan Tahun 2026 telah diadakan dan dipengerusikan oleh Encik Syed Abdullah bin Syed Nordin, Ketua Pegawai Tadbir Agama Zon 3. Mesyuarat ini diadakan di Dewan Perkasa,Masjid Al Imam Ash-Shafie, Taman Maluri, Cheras. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan dan menetapkan aturcara karnival, senarai tugas jawatankuasa dan hal-hal lain yang berkait. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh beberapa wakil daripada badan agensi kerajaan mahupun swasta serta persatuan komuniti setempat bagi sama-sama menggembleng tenaga bagi memeriahkan lagi karnival ini. Semoga kerjsama yang terjalin ini dapat mengeratkan lagi hubungan baik kedua-dua agensi dalam pelaksanaan karnival ini serta program lain di masa akan datang. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #jaswpkualalumpur
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup