Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BUNYI BISING BERSAMA DENGAN JABATAN SIASATAN DAN PENGUATKUASAAN TRAFIK KUALA LUMPUR (JSPT KL) DI JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR

Oleh carolhumairah · 31/01/2026 · 1 paparan

23 JANUARI 2026, JUMAAT – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Bunyi Bising (Patuh Undang-undang Jalan Raya) bersama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan seramai lapan belas (18) orang pegawai penguatkuasa yang terdiri daripada lapan (8) orang anggota JAS WPKL dan sepuluh (10) orang anggota trafik. Operasi penguatkuasaan yang dijalankan memberi fokus kepada pelepasan bunyi daripada kenderaan bermotor, khususnya melibatkan kenderaan enjin petrol. Melalui operasi ini, JAS WPKL telah menjalankan sebanyak tiga puluh lima (35) ujian visual dan lapan (8) ujian bunyi bising kenderaan. JAS WPKL telah mengeluarkan lima (5) Notis Arahan Seksyen 48A dan lima (5) kompaun sepanjang operasi dijalankan. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) dan Peraturan-peraturan di bawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama #opsgerakkebangsaan

Penganjur
JAS WPKL
Lokasi
JALAN RAJA LAUT, KUALA LUMPUR
Fail / Media (9)
  • 20263101015809259.jpeg .jpeg Buka
  • 20263101015814954.jpeg .jpeg Buka
  • 20263101015821146.jpeg .jpeg Buka
  • 20263101015828290.jpeg .jpeg Buka
  • 20263101015836864.jpeg .jpeg Buka
  • 20263101015846411.jpeg .jpeg Buka
  • 20263101015855225.jpeg .jpeg Buka
  • 20263101015901913.jpeg .jpeg Buka
  • 20263101015908852.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS