Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Kesedaran

PROGRAM PENANAMAN POKOK BAKAU ANJURAN INTEGRAX BERHAD

Oleh nursyadah · 31/01/2026 · 0 paparan

29 Januari 2026, Port Dickson -Telah berlangsung dengan jayanya Program Penanaman Pokok Bakau anjuran Integrax Berhad bertempat di Port Dickson. Program ini turut disertai oleh Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) yang diketuai oleh Tuan Abdul Aziz bin Parmin, Pengarah JASNS bersama-sama warga JASNS bagi menjayakan inisiatif kelestarian alam sekitar. Program ini merupakan satu kerjasama strategik bersepadu melibatkan Jimah East Power (JEP), Stesen Janakuasa Tuanku Muhriz (SJTM) dan Project Engineer Service (PES) dalam usaha memelihara ekosistem pesisir pantai serta menyokong agenda pembangunan mampan. Sebanyak 300 batang anak pokok bakau minyak telah berjaya di tanam dalam program ini. Penanaman pokok bakau memberikan pelbagai manfaat kepada alam sekitar, antaranya dapat melindungi kawasan pantai daripada hakisan dan ombak besar,menjadi habitat semula jadi kepada hidupan marin,menyerap karbon serta membantu mengurangkan kesan perubahan iklim, dan mengekalkan keseimbangan ekosistem pesisir pantai.

Fail / Media (5)
  • 20263001231430179.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001231435270.jpg .jpg Buka
  • 20263001231440545.jpg .jpg Buka
  • 20263001231450550.jpg .jpg Buka
  • 20263001231455920.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS