Koleksi Gambar

PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN LAPORAN EIA KE ATAS TAPAK PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA DI DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG

Oleh hashikin · 31/01/2026 · 4 paparan

PENGUATKUASAAN PEMATUHAN SYARAT-SYARAT KELULUSAN LAPORAN EIA KE ATAS TAPAK PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA DI DAERAH TIMUR LAUT, PULAU PINANG 29 Januari 2025 – Gelugor, Pulau Pinang. Unit Penguatkuasaan EIA telah menerima aduan pencemaran yang didakwa berpunca daripada sebuah projek pembinaan jalan yang tertakluk di bawah kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA). Pemeriksaan ini memfokuskan isu yang diadu dan siasatan terhadap pelaksanaan Best Management Practices (BMPs) di tapak projek, selaras dengan syarat-syarat kelulusan EIA dan peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS) 1974. Hasil siasatan mendapati bahawa kawasan yang diadu berada di luar kawasan yang diluluskan dalam laporan EIA. Jabatan telah mengarahkan untuk tindakan kawalan pencemaran dan akan memanjangkan aduan ini kepada agensi yang berkaitan. Penggerak projek turut diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta peraturan-peraturan di bawahnya pada setiap masa. Sebarang ketidakpatuhan akan dikenakan tindakan tegas dan sewajarnya. Sebarang aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui: ?? Talian bebas tol: 1-800-88-2727 ?? Emel: [email protected] ?? Portal aduan: [https://eaduan.doe.gov.my](https://eaduan.doe.gov.my)

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang
Lokasi
Gelugor, Pulau Pinang
Fail / Media (4)
  • 20263001155116536.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001155130174.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001155139063.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001155148967.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS