Oleh holly · 30/01/2026 · 4 paparan
ADUAN HABUK DAN BUNYI BISING 22 JANUARI 2026, daerah Kota Belud, SABAH - Pasukan penguatkuasa JAS Negeri Sabah telah menjalankan siasatan ke atas aduan keadaan berhabuk dan bunyi bising di sekitar berhampiran sebuah premis membancuh simen. Arahan telah dikeluarkan kepada pihak premis untuk memastikan segala bentuk pencemaran sentiasa dikawal agar tidak menjejaskan penduduk sekitar. Siasatan di lokasi juga mendapati masalah habuk dan gangguan bunyi bising ini juga disumbang oleh aktiviti-aktiviti di luar bidangkuasa JAS yang juga beroperasi di sekitar kawasan tersebut. Tindakan undang-undang dikenakan ke atas premis bagi perkara-perkara tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 yang gagal dipatuhi. Orang ramai boleh menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar yang tertakluk di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 melalui talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://eaduan.doe.gov.my. #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup