Koleksi Gambar / Mesyuarat

MESYUARAT STAKEHOLDER ENGAGEMENT KAJIAN PELAN INDUK TEBATAN BANJIR LEMBANGAN SG. BONGON DAN SG. TANDEK, KOTA MARUDU, SABAH

Oleh holly · 30/01/2026 · 0 paparan

"MESYUARAT STAKEHOLDER ENGAGEMENT KAJIAN PELAN INDUK TEBATAN BANJIR LEMBANGAN SG. BONGON DAN SG. TANDEK, KOTA MARUDU, SABAH” Tarikh: 29 Januari 2026 (Khamis) Masa: 08.00 am - 05.00 pm Tempat: Bandau Conference Hall, Hotel Marudu Inn. Anjuran : JPS Malaysia Kehadiran: Wakil Jabatan/Agensi Persekutuan & Negeri, YB ADUN, UPPM, PBT dan Pengerusi Kampung. Kehadiran JAS Sabah: ppkt mp Ringkasan Mesyuarat: 1?? Mesyuarat dimulakan dengan pembentangan wakil dari Juruperunding Alamega Konsult. Mesyuarat ini juga dihadiri oleh ADUN N.7 Tandek YB Hendrynus Anding - Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan. 2?? Pembentangan adalah hasil kajian dan cadangan tebatan banjir di dua kawasan tadahan air iaitu Tandek Water Catchment dan Bongon Water Catchment. 3?? Antara tebatan banjir dalam Mitigation Master Plan yg dicadangkan adalah river improvement works (widening, deepening, bund & flood wall), mitigation pond, drain upgrading dan empangan limpahan (weir). 4?? Kajian juga mengambilkira unjuran projection kejadian banjir sehingga 20 tahun akan datang. 5?? Di akhir mesyuarat sesi soal jawab diadakan dengan peserta. Wakil JAS sempat mohon penjelasan sekiranya ada takat pengambilan air (water intake) untuk tujuan loji rawatan air di kedua-dua lembangan sungai ini dan adakah terdapat perancangan utk pembinaan LRA. 6?? Pihak perunding maklum tiada takat pengambilan air minuman di kawasan ini. Tiada perancangan utk membina LRA. Kawasan ini telah dikhaskan untuk pembekalan air pengairan pertanian dan tanaman padi. Sekian dimaklumkan. Terima kasih. UNIT EIA & IP

Penganjur
JPS Malaysia
Lokasi
Bandau Conference Hall, Hotel Marudu Inn.
Fail / Media (4)
  • 20263001143108598.jpg .jpg Buka
  • 20263001143115553.jpg .jpg Buka
  • 20263001143121497.jpg .jpg Buka
  • 20263001143129297.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS