Koleksi Gambar / Mesyuarat

Sesi Libat Urus Penyelarasan Pelaksanaan Program Kelolaan Agensi Luar 2026 Bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

Oleh holly · 30/01/2026 · 4 paparan

Sesi Libat Urus Penyelarasan Pelaksanaan Program Kelolaan Agensi Luar 2026 Bersama Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tarikh: 23 Januari 2026, Jumaat Masa: 2.30 - 5.00 petang Tempat: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah 23 Januari 2026, Kota Kinabalu - Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah mengadakan satu sesi libat urus bersama pelbagai agensi di Sabah bagi menyelaras dan memaklumkan prosedur kelolaan program / aktiviti yang melibatkan sekolah di Sabah. JAS Sabah turut dijemput dalam sesi libat urus ini dan penglibatan JAS Sabah bersama pihak JPNS adalah sangat aktif iaitu program dengan kerjasam Sekolah Lestari - Anugerah Alam Sekitar (SLAAS), Anugerah Sekolah Rakan Alam Sekitar (SERASI), Kem Kesedaran Alam Sekitar, penganjuran pertandingan bertemakan alam sekitar serta kempen-kempen alam sekitar. JAS Sabah komited dan akan mematuhi prosedur / SOP apablia melaksanakan program yang melibatkan warga sekolah. Antaranya adalah:- 1. Surat jemputan menyertai program/pertandingan perlu dikemukakan lebih awal; 2. Surat jemputan kepada warga sekolah bagi menghadiri aktiviti luar perlu dikemuakakan 1 bulan sebelum tarikh program; 3. Surat permohonan masuk ke sekolah bagi menganjurkan program juga perlu dikemuakakan 1 bulan sebelum tarikh program; Pengerusi Mesyuarat merakamkan penghargaan kepada JAS Sabah kerana telah berjaya membawa kejayaan Peringkat Kebangsaan malah Peringkat Antarabangsa kepada sekolah di Sabah. Pengerusi memaklumkan usaha murni agensi/jabatan bagi pelaksanaan aktiviti kokurikulum ini telah banyak membantu murid sekolah mendapat markah PAJSK kerana Markah PAJSK (Pentaksiran Aktiviti Jasmani, Sukan & Kokurikulum) menyumbang 10-15% daripada markah merit keseluruhan untuk kemasukan ke Universiti Awam (IPTA) di Malaysia. Sekian untuk makluman.

Penganjur
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Lokasi
Jabatan Pendidikan Negeri Sabah
Fail / Media (4)
  • 20263001142104780.jpg .jpg Buka
  • 20263001142113027.jpg .jpg Buka
  • 20263001142121676.jpg .jpg Buka
  • 20263001142131906.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS