Koleksi Gambar / Mesyuarat

Laporan Kehadiran Mesyuarat Anjuran DBKK bagi Isu Aduan Bau & Pencemaran Sungai Sembulan

Oleh holly · 30/01/2026 · 4 paparan

Laporan Kehadiran Mesyuarat Anjuran DBKK bagi Isu Aduan Bau & Pencemaran Sungai Sembulan ??? Tarikh: 15 Jan 2026, Khamis ? Masa: 2.30 - 4.30 petang ?? Tempat: Bilik Mesyuarat Mayor DBKK, Centre Point KK Pengerusi : En Robert Lipon, TKPO DBKK Kehadiran JAS Sabah : ???????En Aliudin & Pn Chai HN ??????? Perkara yang ingin dimaklumkan:- 1. Pihak DBKK kerapkali menerima aduan bau busuk dan pencemaran sungai berdekatan kawasan Sadong Jaya & Glenegals Medical Centre 2. DBKK telah menjemput agensi luar iaitu JAS, Jab Perkhidmatan Pembetungan Sabah, Jab Pengairan & Saliran serta JPAS bagi menghadiri mesyuarat ini untuk mendapatkan input bagi mengatasi masalah pencemaran sungai sembulan 3. JAS Sabah telah memaklumkan terdapat 2 stesen pengawasan bagi Sungai Sembulan dan IKA terkini bagi sungai Sembulan adalah Sederhana Tercemar dan status IKA ini boleh diakses oleh orang awam melalui portal RQIMS 4. JAS Sabah juga telah maklumkan bahawa 2 parameter yang menunjukkan ketidakpatuhan yang signifikan adalah Total Coliform & Ammoniacal Nitrogen sepanjang 2025. Data mentah boleh dimohon oleh DBKK jika perlu menggunakan portal permohonan data JAS 5. JPS & JPPS juga telah memberi input bagi membantu menyelesaikan isu ini. 6. Pihak DBKK merakamkan ucapan terima kasih kepada semua ahli mesyuarat yang hadir. Sekian. - Unit Aduan - Unit KS & Pengawasan

Penganjur
DBKK
Lokasi
Bilik Mesyuarat Mayor DBKK, Centre Point KK
Fail / Media (2)
  • 20263001141126169.jpg .jpg Buka
  • 20263001141138422.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS