Koleksi Gambar / Program Kesedaran

TAKLIMAT KESEDARAN BERKENAAN PENGURUSAN BUANGAN TERJADUAL KEPADA STAF ALAM FLORA SDN. BHD.

Oleh carolhumairah · 30/01/2026 · 3 paparan

29 JANUARI 2026, KHAMIS – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput untuk memberikan Taklimat Kesedaran Berkaitan Pengurusan Buangan Terjadual kepada staf Alam Flora Sdn. Bhd. bertempat di Hotel Zecon, Kuala Lumpur. Program yang dianjurkan oleh Jabatan Kesihatan, Keselamatan Dan Persekitaran, Alam Flora Sdn. Bhd. merupakan sebahagian daripada usaha syarikat untuk meningkatkan tahap kesedaran dan pematuhan terhadap pengurusan buangan terjadual selaras dengan keperluan perundangan alam sekitar di kalangan staf yang terlibat dengan kerja-kerja di lapangan. Taklimat ini juga bertujuan untuk memberikan pendedahan dan pemahaman berkaitan konsep, klasifikasi serta tanggungjawab pengeluar buangan terjadual di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan peraturan-peraturan berkaitan. Antara perkara yang dibincangkan merangkumi pengenalan kepada buangan terjadual, keperluan perundangan berkaitan pengurusan buangan terjadual, kaedah pengendalian yang betul, dokumentasi berkaitan melalui sistem eSWISv2 serta kepentingan pelupusan melalui fasiliti yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar. Sesi taklimat turut disertakan dengan sesi perbincangan dan soal jawab bagi membolehkan para peserta mendapatkan penjelasan lanjut berkaitan isu-isu operasi dan cabaran semasa dalam pengurusan buangan terjadual. Program ini diharapkan dapat meningkatkan tahap kesedaran serta komitmen pihak Alam Flora Sdn. Bhd. dalam melaksanakan pengurusan buangan terjadual secara berkesan, sistematik dan mematuhi perundangan, seterusnya menyokong usaha pemeliharaan alam sekitar secara mampan. #JabatanAlamSekitar #AlamSekitarTanggungjawabBersama #JASWilayahPersekutuanKualaLumpur #KementerianSumberAsliDanKelestarianAlam

Penganjur
Jabatan Kesihatan, Keselamatan Dan Persekitaran, Alam Flora Sdn. Bhd.
Lokasi
Hotel Zecon, Kuala Lumpur
Fail / Media (9)
  • 20263001092905687.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001092912187.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001092917960.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001092924722.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001092932123.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001093000600.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001093027699.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001093047718.jpeg .jpeg Buka
  • 20263001093121979.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS