Oleh rashidb · 30/01/2026 · 5 paparan
Hari ini, Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1 Tahun 2026 yang disempurnakan dengan Amanat Ketua Pengarah Alam Sekitar, YBhg. Dato’ Wan Abdul Latiff bin Wan Jaffar. Dalam amanat beliau, warga JAS digesa untuk terus memperkukuh budaya kerja berintegriti, mempercepat pelaksanaan tugas serta memperhebat reformasi perkhidmatan. Beliau turut mengupas dan berkongsi amanat YAB Perdana Menteri, Ketua Setiausaha Negara dan YB Menteri NRES sebagai panduan serta perspektif hala tuju Jabatan bagi tahun 2026. Pada majlis yang sama, YBhg. Dato’ Ketua Pengarah Alam Sekitar turut menyampaikan Sijil Penghargaan kepada semua Bahagian di JAS Ibu Pejabat dan Negeri atas pencapaian cemerlang pematuhan pemeriksaan aset alih 100% bagi tahun 2025. Majlis Perhimpunan ini turut diserikan dengan penyampaian hadiah sempena Karnival Sukan JAS Putrajaya Tahun 2026, yang berlangsung dengan penuh meriah dan semangat kesukanan, menghimpunkan seluruh warga JAS Putrajaya dalam suasana kekeluargaan dan kebersamaan. Program ini merangkumi: ?? Kejohanan e-Sukan Dalaman (20 Disember 2025) ????? Karnival Sukan Rakyat (24 Januari 2026) di HA Megah Uniten Pertandingan sukan yang penuh warna-warni ini melibatkan penyertaan empat rumah sukan iaitu Zamrud, Topaz, Nilam dan Delima. Turut hadir dalam Majlis Perhimpunan Bulanan ini ialah Dr. Norhazni binti Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS; Pn. Hajah Azuri Azizah binti Saedon, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan); Pengarah-pengarah Bahagian Ibu Pejabat; Pengarah EiMAS serta Pengarah-pengarah Negeri.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup