Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU PELEPASAN ASAP HITAM DARI KENDERAAN BERMOTOR (OPS GERAK) DI SUNGAI SIPUT

Oleh maizah · 29/01/2026 · 0 paparan

27 Januari 2026, Sungai Siput (U) - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak bersama IPK Ipoh, JPJ dan AADK telah menjalankan Operasi Bersepadu bagi Pelepasan Asap Hitam Dari Kenderaan Bermotor bertempat di Sungai Siput (U) . Sepanjang Ops gerak ini berlangsung sebanyak 2 kompaun telah dikeluarkan bagi kesalahan melepaskan asap hitam melebihi had ditetapkan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Selain itu, 4 Notis Arahan di bawah Seksyen 48A, AKAS 1974 juga telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan yang terbabit bagi menjalani ujian semula. Jabatan Alam Sekitar menyeru pemilik kenderaan khasnya pemilik kenderaan berenjin diesel untuk sentiasa memastikan kenderaan diselenggara secara berkala dan melakukan pemeriksaan di Puspakom bagi memastikan kenderaan sentiasa berada dalam keadaan selamat dan tidak melepaskan pencemar udara yang mengancam kualiti alam sekitar dan kesihatan orang ramai. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_januari2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari

Penganjur
JAS PERAK
Lokasi
SUNGAI SIPUT
Fail / Media (5)
  • 20262901094632015.jpeg .jpeg Buka
  • 20262901094637391.jpeg .jpeg Buka
  • 20262901094643264.jpeg .jpeg Buka
  • 20262901094648927.jpeg .jpeg Buka
  • 20262901094652994.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS