Oleh maizah · 29/01/2026 · 0 paparan
24 Januari 2026, Bukit Merah - Jabatan Alam Sekitar Negeri Perak telah dijemput untuk menyampaikan ceramah bertajuk Kepentingan Pengamalan 5R dalam Pengurusan Sisa yang telah disampaikan oleh Pegawai Kawalan Kanan JAS Perak Puan Aini Oriza Binti Ramli. Program ini adalah anjuran bersama oleh Surau Mustapha Kamal, Bukit Merah Laketown dan Majlis Daerah Kerian. Jabatan juga turut mengadakan pameran berkaitan kempen Larangan Pembakaran Terbuka dan Kempen pengurusan sisa 'e-waste' di Malaysia. Program pendidikan dan kesedaran ini merupakan salah satu usaha JAS untuk memberikan kesedaran kepada komuniti awam agar bersama-sama memulihara alam sekitar selaras dengan slogan JAS iaitu “Alam Sekitar, Tanggungjawab Bersama”. Jom hantar e-waste ke tempat pengumpulan yang berdaftar. Layari laman sesawang https://ewaste.doe.gov.my/ atau muat turun aplikasi 'MyEwaste' untuk mengetahui tempat pengumpulan yang terdekat. "e-waste dikitar, bumi terpelihara" #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_januari2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup