Koleksi Gambar / Aktiviti,Mesyuarat

MESYUARAT PENYELARASAN UBAHSUAI RUANG PEJABAT JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI SEMBILAN (JASNS) FASA 2 BERSAMA PASUKAN PROJEK JKR.

Oleh nursyadah · 29/01/2026 · 2 paparan

22 Januari 2026, Seremban - Satu mesyuarat penyelarasan ubahsuai ruang pejabat telah dipengerusikan oleh Encik Azilan Bin Mohd Ali daripada Cawangan Senggara Fasiliti Bangunan Jabatan Kerja Raya (JKR), Malaysia. Mesyuarat ini membincangkan secara terperinci berkaitan kos dan skop kerja utama bagi projek mengubahsuai bangunan Pejabat JASNS bagi fasa dua di bangunan Yayasan Negeri Sembilan. Koordinasi ini melibatkan wakil-wakil daripada JKR Negeri Sembilan, Arkitek JKR Negeri Sembilan, JKR Daerah Seremban, JKR Elektrik Negeri Sembilan dan JKR Mekanikal Negeri Sembilan. Tuan Abdul Aziz Bin Parmin selaku Pengarah JASNS turut menerajui jawatankuasa perpindahan bagi fasa pembinaan aras bawah di bangunan tersebut. Pengerusi memaklumkan bahawa projek ini dapat diserahkan kepada JASNS mengikut tarikh seperti yang telah dirancang. Semoga kerjsama ini dapat mengeratkan lagi kerjasama kedua-dua agensi dalam pelaksanaan projek ini.

Fail / Media (2)
  • 20262801142852422.jpg .jpg Buka
  • 20262801142901770.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS