Koleksi Gambar / Aktiviti

LATIHAN MENANGANI INSIDEN KEBAKARAN SALURAN PAIP LPG, LNG DAN TALIAN VOLTAN TINGGI TENAGA NASIONAL BERHAD (TNB) DI LALUAN SALURAN PAIP HENGYUAN REFINING COMPANY BERHAD (HRC), PETRONAS GAS BERHAD (PGB) , DAN PS PIPELINE, PORT DICKSON.

Oleh nursyadah · 29/01/2026 · 0 paparan

21 Januari 2026, Port Dickson - Jabatan Alam Sekitar Negeri Sembilan (JASNS) bersama-sama agensi kerajaan seperti Jabatan Bomba & Penyelamat Malaysia (JBPM), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Kesihatan Malaysia (JKM) dan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) telah berjaya melaksanakan satu latihan insiden kebakaran. Latihan ini dianjurkan oleh pihak HRC bertujuan untuk menguji tahap kesiapsiagaan, koordinasi agensi serta keberkesanan pelan tindak balas kecemasan melibatkan risiko industri berimpak tinggi, khususnya di kawasan berisiko strategik. Penglibatan JASNS dalam latihan ini adalah untuk memantau keadaan kualiti udara akibat daripada sesi latihan kebakaran tersebut serta tindakan-tindakan yang perlu diambil sekiranya berlaku sebarang insiden lain seperti tumpahan minyak. Kerjasama pelbagai agensi ini mencerminkan komitmen berterusan dalam memastikan keselamatan awam, perlindungan alam sekitar dan kesiapsiagaan semasa kejadian bencana sentiasa berada pada tahap terbaik.

Fail / Media (3)
  • 20262801142651140.jpg .jpg Buka
  • 20262801142657432.jpg .jpg Buka
  • 20262801142706554.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS