Oleh hashikin · 28/01/2026 · 0 paparan
SANDISK FOREST CARE PROGRAM “PRESERVE FOREST FOR THE FUTURE” Satu program pemeliharaan alam sekitar bertajuk Forest Care Program: “Preserve Forest For The Future” telah dilaksanakan pada 23 Januari 2026 bertempat di Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam, Sungai Dua, Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang. Program anjuran bersama pihak industri Sandisk (M) Sdn. Bhd. Dengan badan NGO, Yayasan Nur Salam ini telah dihadiri oleh Tuan Pengarah Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, serta wakil daripada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN), Jabatan Perhutanan Pulau Pinang. Kehadiran pelbagai agensi ini mencerminkan kerjasama strategik antara sektor kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan dalam usaha memelihara dan memulihara alam sekitar. Program ini telah disertai oleh seramai 130 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan Sandisk (M) Sdn. Bhd., Jabatan Alam Sekitar Pulau Pinang, Jabatan Perhutanan Pulau Pinang serta Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara dan komuniti setempat. Antara aktiviti utama yang telah dijalankan sepanjang program ini termasuklah aktiviti penanaman pokok oleh tetamu jemputan, kerja-kerja mengecat pondok rehat, pemasangan papan nama pokok, pemasangan rumah burung hantu serta lawatan sambil belajar bagi menikmati keindahan flora dan fauna di kawasan Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam. Penganjuran program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan pemeliharaan hutan, malah menggalakkan penglibatan aktif semua pihak dalam memastikan kelestarian alam sekitar demi kesejahteraan generasi akan datang. Program ini selaras dengan komitmen bersama untuk memelihara khazanah alam semula jadi dan menyokong agenda pembangunan mampan negeri Pulau Pinang.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup