Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAPORAN PEMERIKSAAN SISATAN ADUAN PELUPUSAN SISA INDUSTRI DI SEKITAR VILLA BESTARI SG.PUSU, GOMBAK, ELANGOR

Oleh normuhamad · 28/01/2026 · 1 paparan

GOMBAK - Siasatan telah dijalankan oleh Jabatan Alam Sekitar Cawangan Gombak pada 21 Januari 2026 sekitar jam 10.00 pagi susulan aduan berkaitan aktiviti pelupusan sisa industri dan domestik di kawasan perumahan Villa Bestari, Sungai Pusu, Gombak. Hasil pemeriksaan mendapati terdapat dua tapak pelupusan sampah haram dengan anggaran keluasan 50×30 kaki dan 30×30 kaki yang mengandungi sisa binaan dan sampah domestik tanpa sebarang kesan pembakaran terbuka. Semasa siasatan, hanya penjaga kawasan ditemui dan semakan awal melalui aplikasi myLot mengenal pasti kawasan terlibat sebagai Lot 3477 dan 3478, selain terdapat kesan kondon Majlis Perbandaran Selayang di lokasi. Pemerhatian menggunakan dron mendapati tiada tapak pembakaran berskala besar yang boleh menyebabkan pencemaran bau, dengan jarak tapak sampah haram ke kediaman pengadu dianggarkan sekitar 100 meter, justeru aduan disyorkan dipanjangkan kepada Majlis Perbandaran Selayang serta Pejabat Tanah dan Daerah Gombak untuk tindakan lanjut kerana melibatkan isu sisa pepejal dan tapak pelupusan haram di bawah bidang kuasa agensi berkenaan.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
GOMBAK
Fail / Media (4)
  • 20262701162759314.jpeg .jpeg Buka
  • 20262701162802298.jpeg .jpeg Buka
  • 20262701162805065.jpeg .jpeg Buka
  • 20262701162808474.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS