Oleh normuhamad · 28/01/2026 · 1 paparan
GOMBAK - Satu operasi penguatkuasaan telah dijalankan di KM16, Jalan Kuala Lumpur–Ipoh (arah Kuala Lumpur) dari jam 1100H hingga 1200H melibatkan peruntukan Seksyen 38 dan Seksyen 48A Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996. Sepanjang tempoh operasi, dianggarkan sebanyak 256 buah kenderaan berenjin diesel pelbagai jenis melalui titik pemeriksaan, dengan 89 buah kenderaan ditahan untuk saringan asap secara visual. Hasil saringan mendapati 5 buah kenderaan disyaki dan diarahkan menjalani ujian pelepasan asap menggunakan smoke meter, di mana sebuah kenderaan gagal mematuhi had pelepasan asap hitam 50% yang ditetapkan. Sehubungan itu, satu Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM telah dikeluarkan kepada pemilik kenderaan di bawah Seksyen 48A(1) Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup