Oleh normuhamad · 28/01/2026 · 0 paparan
SEKINCHAN -Pemeriksaan telah dijalankan oleh JAS Sabak Bernam pada 15 Januari 2026 jam 2.25 petang di lokasi hotspot Tanjong Karang (3.49185228, 101.1316299) dalam keadaan cuaca panas berikutan laporan hotspot yang diterima melalui emel pada jam 11.01 pagi hari yang sama. Hasil semakan mendapati lokasi koordinat berada di kawasan sawah padi yang telah dituai dan tiada kebakaran aktif dikesan semasa siasatan dijalankan, namun terdapat kesan kebakaran di kawasan tanaman padi lain kira-kira 500 meter dari lokasi dilaporkan. Berdasarkan pemerhatian, hotspot tersebut disyaki berpunca daripada aktiviti yang diisytiharkan sebagai bukan pembakaran terbuka, iaitu pembakaran batang padi bagi tujuan penanaman semula, dan tindakan yang disyorkan adalah pemantauan berterusan dari semasa ke semasa.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup