Oleh normuhamad · 28/01/2026 · 0 paparan
26 Januari 2026, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan Perhimpunan Bulanan Bil. 1/2026 bertempat di Bilik Mesyuarat Kesidang, JAS Negeri Selangor. Perhimpunan bulanan telah dimulakan dengan bacaan doa, nyanyian lagu Negaraku, lagu Negeri Selangor, lafaz ikrar Rukun Negara dan ikrar perkhidmatan awam serta ucapan oleh YBhg. Dato’ Haji Wandi Yadzid Bin Haji Yaakob, Pengarah, JAS Negeri Selangor. Pengarah semasa ucapannya telah mengingatkan semua pegawai JAS Negeri Selangor untuk “Mempercepat Pelaksanaan, Memperhebat Reformasi” selaras dengan saranan Kerajaan dalam merealisasikan Agenda Reformasi Perkhidmatan Awam dan Misi Pelaksanaan Pantas 2026. Pengarah antara lain turut mengucapkan terima kasih kepada semua pegawai JAS Negeri Selangor atas komitmen, usaha kolektif dan kerjasama dalam mencapai sasaran petunjuk prestasi utama (KPI) bagi tahun 2025. Pengarah menyeru semua pegawai JAS Negeri Selangor untuk terus komited, tingkatkan pencapaian dan kekal berintegriti dalam menggalas amanah negara ke arah membentuk sebuah ekosistem alam sekitar yang lestari dan sejahtera. #NRES
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup