Koleksi Gambar / Program Kesedaran

CERAMAH KESEDARAN TREND DADAH SEMASA DAN PENDEKATAN MENGENAINYA OLEH AGENSI ANTI DADAH KEBANGSAAN (AADK)

Oleh normuhamad · 28/01/2026 · 1 paparan

26 Januari 2026, Shah Alam – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah mengadakan ceramah kesedaran awam dan anti dadah bertajuk Trend Dadah Semasa dan Pendekatan Mengenainya yang disampaikan oleh En. Ahmad Faizal Bin Awang, Pegawai Pencegahan dan Kesedaran Awam, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Negeri Selangor. Sesi ceramah turut diisi dengan sesi soal jawab dan ujian saringan air kencing kepada pegawai-pegawai di JAS Negeri Selangor. Seramai 69 orang pegawai JAS Negeri Selangor telah menjalani ujian saringan air kencing dan keputusan saringan menunjukkan bahawa semua pegawai tersebut adalah bebas daripada najis dadah. JAS Negeri Selangor memandang serius isu penyalahgunaan dadah dan menyokong usaha AADK dalam membanteras budaya penagihan dadah di Negeri Selangor. Hentikan salah guna dadah! Dadah memudaratkan kesihatan dan sayangilah masa depan kita.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
SHAH ALAM
Fail / Media (4)
  • 20262701160003357.jpg .jpg Buka
  • 20262701160006381.jpg .jpg Buka
  • 20262701160008847.jpg .jpg Buka
  • 20262701160011620.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS