Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN TAPAK CADANGAN PROJEK EIA OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

Oleh nursyuhada · 28/01/2026 · 0 paparan

26 Januari 2026, Jasin, MELAKA – Jabatan Alam Sekitar Negeri Melaka telah mengadakan lawatan ke projek naik taraf fasiliti pengolahan buangan terjadual di Mukim Jasin, Daerah Jasin, Melaka. Tujuan lawatan tapak tersebut dijalankan adalah untuk melihat status semasa keadaan tapak projek serta persekitarannya melibatkan kawasan kajian (zone of study) dan kawasan yang terkesan (zone of impact). bagi membantu penilaian dibuat sewajarnya terhadap laporan penilaian kesan kepada alam sekeliling (EIA) yang telah dikemukakan kepada JAS Melaka sebelum ianya dibentangkan dan dibincangkan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal EIA (EIATRC) pada 28 Januari 2026. Lawatan tapak tersebut telah dihadiri bersama-sama pegawai dari JAS Negeri Melaka, wakil Badan Kawal Selia Melaka, wakil Majlis Perbandaran Jasin (MPJ), wakil Penggerak Projek (Sinaran Megamas Recycle Sdn Bhd) dan Jururunding EIA (Asian Environmental Solutions Sdn Bhd). #KementerianSumberAslidanKelestarianAlam #jabatanalamsekitar #alamsekitartanggungjawabbersama #jasnegerimelaka

Penganjur
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA
Fail / Media (3)
  • 20262701151201707.jpeg .jpeg Buka
  • 20262701151206160.jpeg .jpeg Buka
  • 20262701151211082.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS