Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan

PEMERIKSAAN LORI PEMBAWA YANG DITETAPKAN BAGI BUANGAN TERJADUAL OLEH JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI MELAKA

Oleh nursyuhada · 29/01/2026 · 2 paparan

23 Januari 2026, Melaka - Selaras dengan kehendak Seksyen 18 (1A), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, sesi pemeriksaan terhadap pembawa yang ditetapkan buangan terjadual (kenderaan pengangkut) yang akan dilesenkan bagi mengangkut buangan terjadual oleh premis yang ditetapkan (PYDT BT) telah dijalankan di Pusat Kecemerlangan Pengurusan Bahan Berbahaya dan Industri Hijau, JAS Cawangan Taboh Naning pada 19 hingga 22 Januari 2026 oleh JAS Negeri Melaka. Tujuan pemeriksaan ini adalah untuk memastikan bahawa pembawa atau kenderaan pengangkut yang digunakan adalah sesuai dan mematuhi kehendak perundangan sebelum lesen pengangkut dikeluarkan. Sebanyak seratus tujuh puluh lapan (178) buah kenderaan pelbagai jenis telah diperiksa dan telah mematuhi syarat-syarat yang ditetapkan bagi menjadi pembawa yang ditetapkan buangan terjadual. Unit Kenderaan Bermotor (UKB) JAS Taboh Naning juga menjalankan pengujian asap menggunakan smoke meter. Sebuah kenderaan diesel didapati gagal mematuhi had 50% pelepasan asap hitam sepertimana yang ditetapkan di bawah Peraturan 11(1), Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Kawalan Pelepasan Daripada Enjin Diesel) 1996 dan dua (2) Notis Arahan pemeriksaan semula di PUSPAKOM di bawah Seksyen 48A(1), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 turut dikeluarkan ke atas pemilik kenderaan tersebut. Pihak pengeluar buangan diingatkan untuk memastikan hanya pembawa yang dilesenkan oleh Jabatan Alam Sekitar sahaja dibenarkan untuk mengangkut buangan ke premis yang ditetapkan. #kementerianalamsekitardanair #jabatanalamsekitar #jasmelaka #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
JAS MELAKA
Lokasi
MELAKA
Fail / Media (10)
  • 20262701142423986.jpg .jpg Buka
  • 20262701142427570.jpg .jpg Buka
  • 20262701142431020.jpg .jpg Buka
  • 20262701142434476.jpg .jpg Buka
  • 20262701142438659.jpg .jpg Buka
  • 20262701142443787.jpg .jpg Buka
  • 20262701142447588.jpg .jpg Buka
  • 20262701142454033.jpg .jpg Buka
  • 20262701142459209.jpg .jpg Buka
  • 20262701142503761.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS