Koleksi Gambar / Aktiviti,Program Penguatkuasaan,Program Pengawasan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA

Oleh mansah · 29/01/2026 · 0 paparan

PENGUATKUASAAN TERHADAP PROJEK YANG TERTAKLUK DI BAWAH KELULUSAN EIA 22 Januari 2026 – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Labuan (JASWPL) telah melaksanakan tindakan penguatkuasaan ke atas sebuah projek yang tertakluk kepada kelulusan Penilaian Kesan Alam Sekeliling (EIA) di Wilayah Persekutuan Labuan. Pemeriksaan yang dijalankan memberi tumpuan kepada tahap pematuhan terhadap syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (AKAS), 1974. Hasil pemeriksaan di lapangan mendapati wujud ketidakpatuhan yang telah dikenal pasti dan direkodkan melalui pengeluaran Field Citation (FC). Sehubungan itu, Notis Arahan turut dikeluarkan bagi tindakan lanjut. JASWPL mengingatkan semua pemaju projek yang tertakluk kepada kelulusan EIA supaya sentiasa mematuhi sepenuhnya syarat-syarat kelulusan EIA serta peruntukan AKAS, 1974. Sebarang aduan berkaitan isu pencemaran alam sekitar boleh disalurkan melalui: ?? Talian bebas tol: 1-800-88-2727 ?? Emel: [email protected] ?? Portal aduan: https://eaduan.doe.gov.my #NRES #jabatanalamsekitar #jaswplabuan #alamsekitartanggungjawabbersama #jaswplabuan_Januari_2026

Penganjur
JAS LABUAN
Lokasi
WP LABUAN
Fail / Media (4)
  • 20262601083017380.jpg .jpg Buka
  • 20262601083023248.jpg .jpg Buka
  • 20262601083028955.jpg .jpg Buka
  • 20262601083036027.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS