Oleh maizah · 23/01/2026 · 0 paparan
21 Januari 2026, Teluk Intan - Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Perak Cawangan Teluk Intan telah menjalankan siasatan terhadap aduan awam mengenai aduan habuk dari premis yang memproses bahan mentah iaitu fiber tandan kosong kelapa sawit untuk menghasilkan pelet sebagai bahanapi. Hasil pemeriksaan mendapati penghasilan habuk adalah berpunca dari peralatan memproses fiber tandan kosong kelapa sawit untuk menghasilkan pelet yang dijalankan di premis tersebut. Selain itu, sistem kawalan pencemaran yang dipasang tidak memenuhi spesifikasi yang ditetapkan dan gagal berfungsi sehingga menyebabkan pelepasan habuk ketara ke persekitaran. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) di bawah Seksyen 38(1) (a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024 telah dijalankan dan arahan dikeluarkan kepada premis untuk mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan) 2024 dan Peraturan-peraturan di bawahnya pada setiap masa. Orang awam boleh menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar ke talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal https://[email protected]
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup