Oleh maizah · 22/01/2026 · 1 paparan
Teluk Intan - 20 Januari 2026 (Selasa) JAS Negeri Perak (Cawangan Teluk Intan) telah menganjurkan sesi libaturus pematuhan syarat- syarat lesen kilang kelapa sawit bertempat di pejabat JAS Cawangan Teluk Intan. Sesi ini telah dihadiri oleh seramai 26 orang wakil dari 24 kilang kelapa sawit dalam daerah Hilir Perak, Bagan Datuk, Perak Tengah dan Manjung - kawasan seliaan JAS Negeri Perak Cawangan Teluk Intan. Sesi ini bertujuan untuk memberi pemahaman berkenaan kehendak syarat-syarat lesen dan membincangkan isu-isu pematuhan serta menjelaskan tindakan penguatkuasaan JAS bagi ketidakpatuhan terhadap syarat lesen dan Peraturan yang berkaitan. Penerangan bagi setiap syarat lesen telah disampaikan oleh Puan Nor Liza binti Yen, Ketua Cawangan JAS Cawangan Teluk Intan dan dibantu oleh pegawai-pegawai JAS Cawangan Teluk Intan yang lain. Dengan pelaksanaan sesi ini, diharapkan komitmen berterusan dari pengoperasian kilang kelapa sawit ke arah pematuhan 100% demi kelestarian alam sekitar. #alamsekitartanggungjawabersama #jasnegeriperak #NRES #peraksejahtera2030
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup