Oleh normuhamad · 22/01/2026 · 1 paparan
Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor Cawangan Kajang telah menjalankan siasatan bagi aduan yang diterima pada 16 Januari 2026 berkaitan pencemaran air berbuih di Sungai Semenyih berhampiran Kampung Tanjung Alam. Siasatan mendapati tiada air berbuih dikesan di lokasi tersebut. Ujian kualiti air secara in-situ telah dijalankan di lokasi tersebut dan mendapati bahawa bacaan kualiti air berada dalam keadaan baik. Pemantauan secara berkala akan dijalankan bagi memastikan pematuhan premis terhadap Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup