Koleksi Gambar / Program Pengawasan

PEMANTAUAN KUALITI UDARA SUSULAN KEBAKARAN DI KAWASAN PERINDUSTRIAN OLAK LEMPIT, BANTING, SELANGOR

Oleh normuhamad · 22/01/2026 · 1 paparan

Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Selangor telah ke lokasi kebakaran di kawasan Perindustrian Olak Lempit, Banting, Selangor pada 15 hingga 17 Januari 2026. Pemantauan kualiti udara dijalankan di lokasi yang berhampiran dengan premis yang terbakar tersebut. Hasil pemantauan mendapati bahawa tiada gas toksik atau kimia berbahaya dikesan oleh alat Multigas Detector (Dräger) dan Portable Multigas Analyser CEREX Shepherd FTIR. Pemantauan juga mendapati bahawa masih terdapat pencemaran bau di kawasan sekitar yang boleh menyebabkan kacau ganggu bau kepada golongan sensitif bergantung kepada arah dan kelajuan angin. Kerja-kerja pembersihan masih sedang giat dijalankan oleh pihak Syarikat. Golongan sensitif seperti warga emas dan kanak-kanak adalah dinasihatkan untuk mengelakkan aktiviti luar atau berada di lokasi yang berhampiran dengan kawasan kebakaran tersebut. Sebarang aduan pencemaran alam sekitar boleh disalurkan kepada JAS melalui talian bebas.

Penganjur
JAS SELANGOR
Lokasi
BANTING
Fail / Media (3)
  • 20262101105733135.jpg .jpg Buka
  • 20262101105737792.jpg .jpg Buka
  • 20262101105741664.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS