Oleh maizah · 20/01/2026 · 3 paparan
18 Januari 2026, Ipoh - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Perak telah menerima aduan pembakaran terbuka di beberapa lokasi. Aktiviti pembakaran terbuka adalah bertujuan pembersihan kawasan yang dikhuatiri mengganggu ketenteraman penduduk sekitar. Sehubungan itu, arahan tegas serta merta bagi menghentikan pembakaran telah diberikan dan pemilik tanah akan dikenakan tindakan lanjut selaras dengan peruntukan perundangan di bawah AKAS 1974. Selain itu, pasukan penyiasat juga melakukan pemantauan terhadap premis yang berpotensi mencemarkan alur air dan udara. Pemantauan sungai bagi kawasan penerima pelepasan effluent juga telah dibuat agar memastikan tiada pencemaran berlaku di alur air awam. Orang ramai adalah digalakkan menyalurkan aduan berkaitan pencemaran alam sekitar talian bebas tol 1-800-88-2727, email ke [email protected] atau ke portal aduan https://[email protected]. #NRES #hariozonsedunia2026 #Beatplasticpollution #jabatanalamsekitar #jasperak_januari2026 #Harialamsekitarsedunia #alamsekitartanggungjawabbersama #perakbumilestari
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup