Oleh sufirman · 20/01/2026 · 3 paparan
9 JANUARI 2026, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Bunyi Bising (Patuh Undang-undang Jalan Raya) bersama dengan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur (JSPT KL) di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan seramai enam belas (16) orang pegawai penguatkuasa yang terdiri daripada lapan (8) orang anggota JAS WPKL dan lapan (8) orang anggota trafik. Operasi penguatkuasaan yang dijalankan memberi fokus kepada pelepasan bunyi daripada kenderaan bermotor, khususnya melibatkan kenderaan enjin diesel dan petrol. Melalui operasi ini, JAS WPKL telah menjalankan sebanyak lapan puluh (80) ujian visual dan sepuluh (10) ujian bunyi bising kenderaan. JAS WPKL telah mengeluarkan sembilan (9) Notis Arahan Seksyen 48A dan sembilan (9) kompaun sepanjang operasi dijalankan. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) dan Peraturan-peraturan di bawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama #opsgerakkebangsaan
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup