Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

Pelepasan Efluen Tidak Terawat: Premis Oleokimia Dikenakan POK

Oleh nasir.ibrahim · 19/01/2026 · 2 paparan

17 Januari 2026, Tanjung Langsat –Sebuah premis pemprosesan oleokimia di kawasan Tanjung Langsat telah dikenakan tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK) serta-merta di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 oleh Jabatan Alam Sekitar (JAS) Cawangan Pasir Gudang. Tindakan tersebut diambil susulan siasatan yang mendapati berlaku pelepasan efluen perindustrian tidak terawat dan bewarna coklat ke Sungai Daeng. Pemeriksaan lanjut mendapati sistem pengolahan efluen perindustrian premis tidak berfungsi dengan baik dan terdapat kegagalan mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009. Tindakan POK diambil bagi menghentikan pencemaran daripada terus berlaku dan premis diarahkan untuk mengambil tindakan pembaikan dalam tempoh POK tersebut. Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan mencemarkan alam sekitar.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
Tanjung Langsat
Fail / Media (5)
  • 20261901092319404.jpg .jpg Buka
  • 20261901092325969.jpg .jpg Buka
  • 20261901092330609.jpg .jpg Buka
  • 20261901092335424.jpg .jpg Buka
  • 20261901092340543.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS