Koleksi Gambar

Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah premis di Pulau Pinang

Oleh hashikin · 19/01/2026 · 0 paparan

13 Januari 2026, KEPALA BATAS- Jabatan Alam Sekitar (JAS) Pulau Pinang telah mengenakan Perintah Larangan terhadap sebuah premis yang menjalankan aktiviti pemprosesan dan penyimpanan ikan sejuk beku yang terletak di kawasan Kepala Batas. Perintah Larangan tersebut dijalankan oleh Unit Penguatkuasaan SPU JAS Pulau Pinang. Tindakan Perintah Larangan terhadap premis ini dijalankan berikutan aduan awam yang kerap diterima oleh JAS daripada penduduk awam sehingga mendapat liputan media massa berkaitan isu pencemaran efluen perindustrian yang dilepaskan oleh premis tanpa mengikut piawaian yang ditetapkan dalam Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya. Jabatan Alam Sekitar tidak akan bertolak ansur dengan mana-mana pihak yang gagal mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling atau peraturan-peraturan di bawahnya. Orang awam diseru melaporkan sebarang aktiviti yang mencemarkan alam sekitar di talian bebas tol 1-800-88-2727 yang beroperasi 24 jam sehari atau emes ke [email protected] dan melalui portal e-aduan JAS di https://app-eaduan.doe.gov.my/user/register/create.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar Negeri Pulau Pinang
Lokasi
Kepala Batas, Pulau Pinang
Fail / Media (3)
  • 20261501194840438.jpg .jpg Buka
  • 20261501194905278.jpg .jpg Buka
  • 20261501194925327.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS