Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

LAWATAN INPUT PEMBANGUNAN

Oleh nasir.ibrahim · 19/01/2026 · 0 paparan

Segamat, 14 Januari 2026 - Unit Input Pembangunan, JAS Negeri Johor telah menjalankan lawatan premis pemprosesan sekerap logam di Kawasan Perindustrian Segamat, Johor yang turut dihadiri oleh JAS Cawangan Muar. Lawatan ini bertujuan untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas dan tepat berkaitan cadangan projek di atas tapak premis yang dicadangkan bagi mengenal pasti potensi isu-isu alam sekitar sebelum mengemukakan sokongan bagi lesen premis. Antara perkara utama yang diberi perhatian semasa lawatan adalah lokasi tapak dan komponen penerima sensitif di sekitarnya, status dan keluasan tapak serta jenis guna tanah semasa merujuk kepada Guidelines on Pollution Prevention in Industrial Siting 2025 dan Rancangan Tempatan Daerah yang berkaitan. Selain kesesuaian tapak, JAS turut melihat kelengkapan sistem kawalan pencemaran yang dipasang di premis yang akan beroperasi bagi memastikan apa-apa pelepasan dari premis mematuhi standard yang ditetapkan dalam AKAS 1974.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
SEGAMAT
Fail / Media (4)
  • 20261501120908527.jpg .jpg Buka
  • 20261501120914101.jpg .jpg Buka
  • 20261501120919255.jpg .jpg Buka
  • 20261501120923368.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS