Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

RM1.16 JUTA KOMPAUN DIKENAKAN DALAM OPS JAS NEGERI JOHOR SEPANJANG 2025

Oleh nasir.ibrahim · 19/01/2026 · 1 paparan

JOHOR, JANUARI 2026 – Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ) telah mengenakan kompaun berjumlah RM1.16 juta hasil pelaksanaan 13 siri operasi penguatkuasaan sepanjang tahun 2025, sekali gus membuktikan ketegasan JAS Johor dalam membanteras pencemaran alam sekitar tanpa kompromi. Operasi yang merangkumi Ops Lembangan, Ops Gempur dan Ops Air Raya ini telah dijalankan oleh lima (5) cawangan bersama empat (4) Unit Penguatkuasaan JASNJ melibatkan pemeriksaan di kawasan perindustrian, premis berlesen serta loji kumbahan di seluruh Negeri Johor. Sebanyak 590 premis telah diperiksa melibatkan pematuhan kepada pelbagai Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (PPKAS), termasuk Efluen Perindustrian 2009, Udara Bersih 2014, Buangan Terjadual 2005, Kumbahan 2009 serta Stesen Pemindahan Sisa Pepejal dan Tapak Pelupusan 2009. Pemeriksaan turut melibatkan premis yang dilesenkan oleh JAS seperti kemudahan pengurusan buangan terjadual, kilang kelapa sawit dan kilang getah mentah asli. Hasil operasi, 530 premis dikenakan Arahan Lapangan, 200 premis dikenakan Notis Arahan dan 24 premis dikenakan Penahanan Operasi Kelengkapan (POK). Sebanyak 580 syor kompaun dikeluarkan dengan jumlah keseluruhan RM1,160,000. JAS Negeri Johor menegaskan bahawa pihaknya tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang gagal mematuhi undang-undang alam sekitar dan akan terus melaksanakan penguatkuasaan yang tegas, konsisten dan berterusan.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR
Fail / Media (2)
  • 20261401161058429.jpg .jpg Buka
  • 20261401161104437.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS