Oleh hakim.hozali · 08/01/2026 · 6 paparan
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Kedah telah mengadakan satu mesyuarat di Bilik Mesyuarat Utama JAS Kedah bagi memperincikan langkah penyelesaian menyeluruh berhubung isu-isu alam sekitar di Tapak Pelupusan Sanitari (TPS) Jabi, Pokok Sena. Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Pengarah JAS Negeri Kedah, Puan Sharifah Zakiah binti Syed Sahab. Hadir bersama dalam mesyuarat tersebut ialah Puan Nuraida binti Azmi yang mewakili Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp), serta Dato' Dr. Nadzri bin Yahaya dan Datuk Ts. Syamshuar bin Husin yang mewakili pihak operator, Greenviro Solutions Sdn. Bhd. Dalam pertemuan tersebut, operator TPS Jabi menzahirkan komitmen untuk melaksanakan dan mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. Pihak JAS Negeri Kedah turut menegaskan bahawa pematuhan terhadap standard kualiti alam sekitar adalah penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan penduduk setempat sentiasa terpelihara. Sehubungan itu, semua pihak yang terlibat telah mengambil maklum dan komited untuk memastikan pengurusan dan pengendalian sisa pepejal di Tapak Pelupusan Sanitari (TPS) Jabi dilaksanakan mengikut peraturan yang ditetapkan.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup