Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

PEMANTAUAN LAUT BERSEPADU BERSAMA LEMBAGA PELABUHAN JOHOR(LPJ) DI PERAIRAN JOHOR TIMUR

Oleh nasir.ibrahim · 07/01/2026 · 7 paparan

PASIR GUDANG, 6 Januari 2026 - Pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor bersama Pegawai Penguatkuasa Pihak Berkuasa Pelabuhan, Lembaga Pelabuhan Johor (LPJ) telah menjalankan pemantauan secara bersepadu di kawasan laut kawasan perairan Johor Timur bagi memastikan tiada sebarang pencemaran daripada aktiviti-aktiviti perkapalan terutamanya buangan atau tumpahan minyak selain mengesan punca-punca pencemaran yang tidak diketahui. Umumnya, pencemaran laut akan menyebabkan kemusnahan habitat hidupan di kawasan sekitar, bahkan ianya juga boleh menjejaskan industri melibatkan pelancongan dan perikanan. Jabatan ingin mengingatkan semua pihak yang terlibat dengan segala aktiviti-aktiviti perkapalan agar tidak melakukan sebarangan pembuangan atau pelepasan sisa minyak ke perairan Malaysia kerana menurut Seksyen 27(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, mereka yang disabitkan dengan kesalahan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang daripada satu ratus ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Seksyen 29(2), Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024, mereka yang disabitkan dengan kesalahan boleh dikenakan denda tidak kurang lima puluh ribu ringgit dan tidak melebihi sepuluh juta ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya. Semua pihak adalah diminta untuk memastikan tidak melakukan pencemaran dan menjadi mata, telinga dan mulut kepada JAS dalam membanteras jenayah alam sekitar.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
PASIR GUDANG
Fail / Media (4)
  • 20260701085621969.jpg .jpg Buka
  • 20260701085627377.jpg .jpg Buka
  • 20260701085633377.jpg .jpg Buka
  • 20260701085638268.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS