Oleh nasir.ibrahim · 05/01/2026 · 3 paparan
1 Januari 2026, Johor Bahru, Johor : Susulan aduan awam, pasukan Penguatkuasa Jabatan Alam Sekeliling (JAS) Negeri Johor (Unit JB Tengah) telah menjalankan siasatan ke atas sebuah premis berasaskan minuman yang menyebabkan limpahan efluen perindustrian daripada tangki sistem pengolahan efluen perindustrian ke alur air. Premis didapati gagal mematuhi Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustrian) 2009 di mana efluen perindustrian yang dihasilkan melebihi kapasiti reka bentuk tangki. Tindakan Penahanan Operasi Kelengkapan di bawah Seksyen 38(1)(a), Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 telah dikenakan bagi menghentikan aktiviti yang menyebabkan pencemaran. Premis diarahkan mengambil tindakan pembetulan dan penambahbaikan segera terhadap sistem pengolahan efluen perindustrian tersebut. Semua premis industri adalah diingatkan supaya sentiasa mematuhi kehendak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Peraturan-Peraturan di bawahnya dan tindakan tegas akan diambil sekiranya berlaku kesalahan yang mencemarkan alam sekitar.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup