Koleksi Gambar / Program Penguatkuasaan

OPERASI BERSEPADU (OP AMBANG TAHUN BARU 2026) YANG DISERTAI JABATAN ALAM SEKITAR NEGERI JOHOR

Oleh nasir.ibrahim · 05/01/2026 · 6 paparan

Johor Bahru, 1 Januari 2026, Unit Kenderaan Bermotor (UKB) Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor menyertai Op Ambang Tahun Baru 2026 yang dijalankan bersama Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan. Operasi bermula pada jam 2.00 pagi dan berakhir sekitar jam 5.00 pagi itu dijalankan dengan tumpuan kepada motosikal yang telah diubah suai yang berpotensi menyumbang kepada pencemaran udara. Sebanyak 50 buah motosikal telah ditahan dan diuji tahap pelepasan bunyi bising. Sebanyak 8 kompaun dan 9 Notis arahan telah dikeluarkan kepada Pemilik motosikal yang gagal mematuhi standard pelepasan bunyi bising yang ditetapkan di bawah Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Bunyi Bising Kenderaan Motor) 1987. Pelaksanaan operasi ini mencerminkan komitmen berterusan JAS Johor dalam memperkukuh penguatkuasaan undang-undang alam sekitar serta meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan penyelenggaraan kenderaan bagi mengurangkan pencemaran udara. Melalui kerjasama erat antara agensi penguat kuasa, usaha ini diharap dapat memperkukuh pematuhan dan seterusnya menyumbang kepada peningkatan kualiti udara yang lebih bersih dan sihat.

Penganjur
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor, Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Johor Bahru Selatan
Lokasi
JOHOR BAHRU
Fail / Media (4)
  • 20260501095027636.jpg .jpg Buka
  • 20260501095032402.jpg .jpg Buka
  • 20260501095040683.jpg .jpg Buka
  • 20260501095044730.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS