Oleh mansah · 30/12/2025 · 4 paparan
Sukacitanya dimaklumkan bahawa JASWPL dengan kerjasama Perbandanan Labuan, telah mewujudkan Pusat Pengumpulan E-Waste Sementara yang terletak di Pusat Pengumpulan Kitar Semula, Durian Tunjong, W.P. Labuan. Pada sepanjang bulan Disember 2025, sebanyak 2 Kg, E-Waste telah berjaya dikumpulkan. Orang ramai disarankan untuk membuang sisa buangan elektrik dan elektronik terpakai isi rumah (Household E-Waste) ke pusat pengumpulan ini. Waktu penghantaran boleh dilakukan pada Sabtu, Ahad dan Cuti Umum dari jam 9 pagi hingga 1 tengahari. Dilarang untuk meletakkan sisa buangan tersebut diluar waktu tersebut. Peringatan: Hanya E-Waste terpakai dari isi rumah sahaja yang dibenarkan. Aset KERAJAAN mahupun INDUSTRI hendaklah dilupuskan mengikut Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Buangan Terjadual) 2005, Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974. Orang ramai juga dinasihatkan untuk tidak membuang sampah domestik ke dalam tong RORO yang telah disediakan. Sekian terima kasih. "ALAM SEKITAR, TANGGUNGJAWAB BERSAMA"
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup