Oleh rashidb · 30/12/2025 · 2 paparan
OPS GERAK KEBANGSAAN 2025 DILAKSANAKAN SECARA MENYELURUH DI BAWAH AKTA KUALITI ALAM SEKELILING 1974 Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah melaksanakan Minggu Ops Gerak Kebangsaan 2025 secara menyeluruh dan bersepadu di seluruh negara, bermula pada 4 Disember 2025 hingga 16 Disember 2025 melibatkan penguatkuasaan terhadap semua peruntukan berkaitan di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (AKAS 1974). Penutup Minggu Operasi Gerak Kenderaan Motor Peringkat Kebangsaan 2025 di R&R Mambau oleh YBrs. Dr. Norhazni Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) Jabatan Alam Sekitar. Beliau berkata, berbeza dengan pelaksanaan sebelum ini yang memberi tumpuan kepada aspek tertentu, Ops Gerak pada tahun ini dirangka secara komprehensif dengan merangkumi keseluruhan skop kawalan pencemaran daripada kenderaan bermotor sebagaimana yang diperuntukkan di bawah AKAS 1974 dan peraturan-peraturan subsidiarinya. “Pelaksanaan Minggu Ops Gerak Kebangsaan pada tahun ini mencerminkan pendekatan menyeluruh Jabatan Alam Sekitar dalam memastikan pematuhan undang-undang alam sekitar. Semua aspek berkaitan pelepasan asap dan gas, bunyi bising, kandungan bahan api dan pengurusan refrigerant telah diberi perhatian,” katanya. Pelaksanaan operasi ini melibatkan semua Jabatan Alam Sekitar Negeri dengan kerjasama strategik agensi penguatkuasaan lain termasuk Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta agensi-agensi berkaitan di peringkat persekutuan dan negeri. Turut hadir Pengarah Bahagian Penguatkuasa, Tuan Rosli Zul, Pengarah Bahagian Udara Puan Nor Aziah Jaafar dan Pengarah Negeri Sembilan, Tuan Abdul Aziz Parmin.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup