Oleh rashidb · 31/12/2025 · 1 paparan
SEKOLAH ANGKAT MADANI (SAM) 2025 JAS: MEMACU KUALITI PENDIDIKAN LESTARI MELAKA, 27 November 2025 - Dato’ Wan Abdul Latiff Bin Wan Jaffar, Ketua Pengarah Alam Sekitar hari ini telah menyempurnakan Majlis Perasmian Rumah Hijau dan Akuaponik serta Pendigitalan Pusat Sumber Sekolah bagi inisiatif Sekolah Angkat MADANI JAS 2025 di Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak, Melaka. Majlis turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), Pejabat Pendidikan Daerah Melaka Tengah, LESTARI, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Persatuan Ibu Bapa dan Guru dan juga warga sekolah. Melalui inisiatif ini, setiap sekolah telah menerima peruntukan RM100,000.00 dengan pelaksanaan projek-projek mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Sekolah Angkat Madani yang telah ditetapkan. Bagi inisiatif Sekolah Angkat MADANI (SAM) di bawah bimbingan Jabatan Alam Sekitar (JAS), Sekolah Kebangsaan Kampung Tun Razak, Melaka telah melaksanakan dua projek berimpak iaitu Projek Penternakan Ikan Air Tawar secara Akuaponik dan Projek Pendigitalan Pusat Sumber. Kedua-dua projek ini mencerminkan komitmen JAS dalam memperkasa pendidikan alam sekitar melalui pendekatan teknologi hijau dan inovasi lestari di peringkat sekolah. Bagi tahun ini, JAS telah memilih SK Kampung Tun Razak, Melaka sebagai Sekolah Angkat MADANI, berdasarkan komitmen luar biasa pihak sekolah dalam melaksanakan amalan lestari, memanfaatkan infrastruktur mesra alam dan menggalas aspirasi SLAAS ke peringkat komuniti. Pemilihan SK Kampung Tun Razak, Melaka sebagai sekolah angkat SAM 2025 juga merupakan satu pengiktirafan atas kejayaan sekolah ini menerima Anugerah SLAAS Peringkat Negeri Melaka bagi sesi 2023/2024. Majlis ini juga menyaksikan peluncuran dokumen penting – Garis Panduan Pelaksanaan dan Penilaian SLAAS Edisi Kedua 2025 – yang akan menjadi rujukan rasmi bagi kitar ke-10 program SLAAS sesi 2025/2026. Diharapkan, sinergi antara SLAAS dan SAM dapat menyokong transformasi sekolah secara menyeluruh – bukan sahaja dari aspek alam sekitar, malah dari sudut nilai, sahsiah dan keterlibatan komuniti. Program yang bermula pada Julai 2025 dan telah siap sepenuhnya pada November 2025 ini menjadi simbol komitmen JAS dan sekolah dalam memperkukuh pendidikan holistik dan kesejahteraan rakyat selaras agenda Malaysia MADANI.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup