Koleksi Gambar / Aktiviti,Mesyuarat

Network Meeting of Southeast Asia National Ozone Officers & Twinning National Ozone Officer-Customs Workshop on Strengthening Enforcement of Trade Control of Controlled Substances under the Montreal Protocol,

Oleh sofea · 30/12/2025 · 0 paparan

United Nations Environment Programme (UNEP) telah menganjurkan Network Meeting of Southeast Asia National Ozone Officers yang mengumpulkan kesemua pegawai ozon kebangsaan Asia Tenggara bagi membincangkan pelaksanaan Protokol Montreal di peringkat serantau pada 16 hingga 17 Disember. Mesyuarat tersebut telah diadakan secara berturutan dengan Workshop on Strengthening Enforcement of Trade Control of Controlled Substances under the Montreal Protocol pada 18 hingga 19 Disember 2025 yang turut dihadiri oleh pegawai-pegawai kastam Asia Tenggara bagi membincangkan pengukuhan penguatkuasaan terhadap bahan terkawal di bawah Protokol Montreal. Malaysia telah diwakili oleh Cik Khadijah binti Rosli daripada Bahagian Pengurusan Alam Sekitar (BPAS), Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Encik Mohd Farhan bin Mohamad Hashim daripada Seksyen Perlindungan Ozon, Bahagian Udara Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Tuan Razali bin Haizir daripada Bahagian Perkastaman, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM). Resolusi daripada mesyuarat dan bengkel ini antaranya ialah keperluan tindakan serantau bagi Life-cycle Refrigerant Management (LRM) dan pembangunan National Inventory of Bank of Used/ Unwanted Controlled Substances dan kerjasama yang perlu ditingkatkan dengan Kastam bagi pemantauan import dan eksport bahan terkawal di bawah Protokol Montreal. Malaysia turut diberi penghormatan untuk membentangkan pelan tindakan bagi pengurangan HFC di bawah sektor Mobile Air Conditioning (MAC) yang sedang dijalankan di bawah Pelan Pelaksanaan Kigali Peringkat I.

Penganjur
BAHAGIAN UDARA
Lokasi
Luang Prabang
Fail / Media (5)
  • 20253012090439168.jpg .jpg Buka
  • 20253012090443131.jpg .jpg Buka
  • 20253012090446860.jpg .jpg Buka
  • 20253012090450071.jpg .jpg Buka
  • 20253012090453823.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS