Koleksi Gambar / Program Kesedaran

Pameran sempena Sustainbility Booth Activation di Menara KPJ, Kuala Lumpur

Oleh sufirman · 29/12/2025 · 7 paparan

10 DISEMBER 2025, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput oleh KPJ Healthcare Berhad untuk menyertai pameran sempena Sustainbility Booth Activation di Menara KPJ, Kuala Lumpur. JAS WPKL telah mengadakan pameran e-waste (sisa eletronik) serta membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS). Tujuan inisiatif ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang isu pengurusan e-waste dan peranan RAS dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar. Tujuan penglibatan JAS WPKL dalam program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan keprihatinan semua orang tentang pentingnya penjagaan alam sekitar. Ia juga membantu dalam meningkatkan kerjasama untuk mewujudkan tempat kerja yang lebih selamat, bersih dan lestari. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan usaha melestarikan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #jaswpkualalumpur

Penganjur
KPJ Healthcare Berhad
Lokasi
Menara KPJ, Kuala Lumpur.
Fail / Media (4)
  • 20252912144931284.jpeg .jpeg Buka
  • 20252912144937867.jpeg .jpeg Buka
  • 20252912144943806.jpeg .jpeg Buka
  • 20252912144949431.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS