Koleksi Gambar

JAS JOHOR PERTINGKAT SIASATAN DAN RONDAAN SUSULAN ADUAN BAU HANGIT DI SEKITAR JOHOR BAHRU

Oleh nasir.ibrahim · 24/12/2025 · 11 paparan

24 Disember 2025 – Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor terus mempergiat tindakan penguatkuasaan dan pemantauan di lapangan bagi menangani siri aduan berhubung gangguan bau hangit yang dilaporkan oleh penduduk setempat sejak 22 Disember lalu. Bertindak atas laporan tersebut, sebanyak dua (2) pasukan penguatkuasa JAS telah digerakkan secara khusus bagi menjalankan pemantauan susulan yang intensif. Rondaan ini telah dilaksanakan bermula jam 9.00 malam sehingga 3.00 pagi pada 23 Disember 2025 bagi mengesan punca bau dalam keadaan atmosfera yang stabil. Operasi pemantauan merangkumi lima (5) kawasan perindustrian utama dan laluan kritikal termasuk: * Jalan Seelong Jaya 2 hingga Jalan Seelong 15 * Kawasan Perindustrian Taman Berjaya * Kawasan Perindustrian Maju Jaya * Kawasan Perindustrian Kempas Utama * Kawasan Perindustrian Tebrau 1 * Jalan Kempas Lama & Jalan Bukit Kempas Lama Hasil pemeriksaan mendapati tiada bau luar biasa dikesan di kebanyakan lokasi, kecuali di Kawasan Perindustrian Maju Jaya dan Jalan Kempas Lama di mana terdapat sisa bau hangit yang dikesan oleh pasukan bertugas. Sejajar dengan itu, pemantauan turut diperluaskan ke kawasan perumahan bagi memastikan kualiti udara penduduk tidak terjejas. Lokasi yang terlibat adalah: * Bandar Dato’ Onn & Bandar Setia Tropika * Kampung Maju Jaya & Taman Impian Emas * Taman Tampoi Indah & Taman Perling Berdasarkan cerapan di lokasi-lokasi perumahan tersebut, tiada sebarang bau abnormal dikesan sepanjang tempoh pemantauan dijalankan. Bertindak atas maklumat yang disalurkan oleh YAB Exco Kesihatan dan Alam Sekitar Negeri Johor, pasukan penyiasat telah menyerbu sebidang tanah lapang di Jalan Kempas Lama. Siasatan di lokasi menemui sebuah tapak pelupusan sampah haram yang menunjukkan kesan aktiviti pembakaran terbuka. Walau bagaimanapun, semasa pemeriksaan dilakukan, tiada bau abnormal dikesan berpunca daripada aktiviti pembakaran tersebut pada waktu berkenaan. JAS Negeri Johor tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang menyebabkan pencemaran. Siasatan susulan akan terus dijalankan secara agresif bagi mengenal pasti punca sebenar pencemaran serta memastikan dalang di sebalik aktiviti ini dibawa ke muka pengadilan.

Penganjur
JAS JOHOR
Lokasi
JOHOR BAHRU
Fail / Media (15)
  • 20252412122427416.jpg .jpg Buka
  • 20252412122443949.jpg .jpg Buka
  • 20252412122449309.jpg .jpg Buka
  • 20252412122502387.jpg .jpg Buka
  • 20252412122507590.jpg .jpg Buka
  • 20252412122512184.jpg .jpg Buka
  • 20252412122516528.jpg .jpg Buka
  • 20252412122521090.jpg .jpg Buka
  • 20252412122526653.jpg .jpg Buka
  • 20252412122531309.jpg .jpg Buka
  • 20252412122536746.jpg .jpg Buka
  • 20252412122541887.jpg .jpg Buka
  • 20252412122545949.jpg .jpg Buka
  • 20252412122550418.jpg .jpg Buka
  • 20252412122556168.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS