Oleh sofea · 24/12/2025 · 1 paparan
Pada 23 Disember 2025, Jabatan Alam Sekitar (JAS) terus memperkukuh agenda pemeliharaan alam sekitar melalui sesi perbincangan meja bulat bersama pengurusan tertinggi Malakoff Corporation Berhad. Sesi ini dipengerusikan oleh YBrs. Dr. Norhazni Bt Mat Sari, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) JAS dan dihadiri delegasi Malakoff yang diketuai oleh En. Mohd Kopli Yunus, Naib Presiden Kanan (Local Generation Division). Perbincangan tertumpu kepada cabaran sektor janakuasa dalam mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 serta perancangan masa hadapan operasi Malakoff. Hasil pertemuan ini, satu pelan tindakan (Plan of Action) kelestarian operasi yang komprehensif akan disediakan sebagai medium komunikasi utama bersama JAS Ibu Pejabat dan Negeri. Pertemuan ini membuktikan JAS bukan sekadar penguatkuasa, malah rakan strategik yang komited membimbing industri. Melalui gandingan kepakaran domestik, Negara mampu memastikan operasi Janakuasa Bebas (IPP) tempatan kekal efisien tanpa mengenepikan tanggungjawab terhadap alam sekitar. JAS kekal tegas dan proaktif demi masa depan negara yang lestari. #alamsekitartanggungjawabbersama #jabatanalamsekitar #nres
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup