Oleh sufirman · 24/12/2025 · 2 paparan
3 DISEMBER 2025, KUALA LUMPUR - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk menyertai pameran sempena Kempen Sifar Sisa Di Pusat Membeli-belah Wilayah persekutuan Kuala Lumpur (WPKL) yang berlangsung di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur. Objektif DBKL mengadakan Majlis Pelancaran Kempen Sifar Sisa Di Pusat Membeli-Belah WPKL adalah untuk merealisasikan matlamat 60% pengurangan sisa ke tapak pelupusan sampah menjelang tahun 2040 selari dengan Pelan Hala Tuju Kuala Lumpur Ke Arah Sifar Sisa 2040. JAS WPKL telah mengadakan pameran e-waste (sisa eletronik) serta membuka kaunter pendaftaran Rakan Alam Sekitar (RAS). Inisiatif ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran komuniti tentang isu-isu alam sekitar amnya pengurusan e-waste dan menggalakkan penglibatan aktif komuniti melalui peranan RAS dalam mengekalkan kelestarian alam sekitar. Penglibatan JAS WPKL dalam program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran dan keprihatinan semua pihak terhadap kepentingan penjagaan alam sekitar, sekali gus menyokong usaha bersama ke arah mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, bersih dan lestari. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah memberikan komitmen dan sokongan dalam menjayakan usaha melestarikan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #jaswpkualalumpur #alamsekitartanggungjawabbersama
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup