Oleh sufirman · 24/12/2025 · 3 paparan
10 DISEMBER 2025, KUALA LUMPUR – Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan kuala Lumpur (JAS WPKL) telah menjalankan Operasi Gerak Kebangsaan sempena Hari Ozon Sedunia dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik, Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia (PDRM) Daerah Dang Wangi di Lebuhraya Connought, Kuala Lumpur. Operasi ini melibatkan seramai dua puluh empat (24) orang pegawai penguatkuasa yang terdiri daripada enam belas (16) orang anggota JAS WPKL dan lapan (8) orang anggota Trafik. Operasi penguatkuasaan yang dijalankan memberi fokus kepada pelepasan asap kenderaan bermotor, khususnya melibatkan kenderaan enjin diesel dan petrol. Melalui operasi ini, JAS WPKL telah menjalankan sebanyak Seratus (100) ujian visual, tiga puluh satu (31) ujian asap hitam dan gas karbon monoksida kenderaan. Jabatan Alam Sekitar WP Kuala Lumpur telah mengeluarkan sebelas (11) Notis Arahan dan sebelas (11) kompaun berserta tiga (3) Perintah Larangan sepanjang operasi dijalankan. Orang ramai diingatkan supaya sentiasa mematuhi Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 (Pindaan 2024) dan Peraturan-peraturan di bawahnya. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #alamsekitartangggungjawabbersama #opsgerakkebangsaan
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup