Koleksi Gambar / Program Kesedaran

Taklimat Pengenalan Kepada Pencemaran Udara Dan Peraturan-peraturan Bagi Mengawal Pencemaran Udara Di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024

Oleh sufirman · 24/12/2025 · 4 paparan

2 Disember 2025, Kuala Lumpur - Jabatan Alam Sekitar Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAS WPKL) telah dijemput oleh Unipati Concrete Sdn. Bhd (UPC) Sungai Besi untuk menyampaikan taklimat bertajuk Pengenalan Kepada Pencemaran Udara Dan Peraturan-peraturan Bagi Mengawal Pencemaran Udara Di Bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2024 yang telah disampaikan oleh Penolong Pengarah Kanan JAS WPKL Encik Mohd Nor Irwan bin Othman . Program ini melibatkan penyertaan oleh kakitangan syarikat dan memberi penekanan terhadap pengenalan kepada pencemaran udara, punca pelepasan pencemar udara di Malaysia dan Peraturan-Peraturan Kualiti Alam Sekeliling yang mengawal pelepasan pencemaran udara. Diharapkan program ini dapat meningkatkan tahap kesedaran dan keprihatinan semua kakitangan UPC sekaligus menyokong usaha bersama dalam mewujudkan persekitaran kerja yang lebih selamat, bersih dan lestari. Jabatan merakamkan setinggi-tinggi penghargaan diatas komitmen pihak UPC dalam melestarikan alam sekitar. #NRES #jabatanalamsekitar #jaswpkl #jaswpkualalumpur #alamsekitartanggungjawabbersama

Penganjur
Unipati Concrete Sdn. Bhd (UPC)
Lokasi
Unipati Concrete Sdn. Bhd (UPC)
Fail / Media (4)
  • 20252312164214322.jpeg .jpeg Buka
  • 20252312164226092.jpeg .jpeg Buka
  • 20252312164234232.jpeg .jpeg Buka
  • 20252312164240477.jpeg .jpeg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS