Oleh nasir.ibrahim · 23/12/2025 · 1 paparan
16 - 18 DISEMBER 2025, JOHOR – Bengkel Perancangan Strategik 2026 (BPS 2026), Jabatan Alam Sekitar Negeri Johor (JASNJ), dikelolai Bahagian Pembangunan 1 telah berjaya dilaksanakan. Bengkel ini bertujuan merangka strategi serta menetapkan hala tuju program-program penguatkuasaan, pembangunan, pentadbiran dan kewangan bagi tahun 2026, di samping membuat penilaian terhadap pencapaian JASNJ sepanjang tahun 2025. Bengkel ini telah dipengerusikan oleh Tuan Pengarah JASNJ, Dr. Mohd Famey bin Yusoff, dan dihadiri oleh Timbalan-timbalan Pengarah, Ketua Penolong Pengarah, Ketua-Ketua Cawangan serta Ketua-Ketua Unit. Kehadiran secara hibrid juga dilaksanakan bagi pegawai yang tidak dapat hadir. Tuan Pengarah telah menzahirkan ucapan tahniah atas kerjasama dan prestasi setiap pegawai dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan, pembangunan dan pentadbiran serta kewangan bagi tahun 2025. Selain itu, isu-isu tahun 2025 telah dibincangkan bagi mengenal pasti cabaran dan syor langkah pembaikan untuk melancarkan dan meningkatkan lagi prestasi tahun 2026. Di akhir BPS 2026, Tuan Pengarah telah menyampaikan amanat kepada semua pegawai agar terus memberikan komitmen yang tinggi serta mengekalkan tahap integriti dalam melaksanakan tugas masing-masing.
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.
Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang
Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang
Isnin dan cuti umum - Tutup