Koleksi Gambar / Mesyuarat

KUNJUNGAN HORMAT PENGARAH URUSAN PETROLEUM INDUSTRY OF MALAYSIA MUTUAL AID GROUP (PIMMAG) KEPADA PENGARAH BAHAGIAN AIR DAN MARIN, JABATAN ALAM SEKITAR MALAYSIA

Oleh rosmanyah · 23/12/2025 · 0 paparan

16 DISEMBER 2025 YBrs. En. Rosli bin Osman, Pengarah Bahagian Air dan Marin, Jabatan Alam Sekitar (JAS) Putrajaya telah menerima kunjungan hormat daripada Petroleum Industry Of Malaysia Mutual Aid Group (PIMMAG) iaitu YBrs. En. Zalisyam bin Zahari , Pengarah Urusan PIMMAG dan En. Wan Mohd Azman bin Wan Moktar, Pengurus Pusat Kecemerlangan (CEO) PIMMAG ke pejabat Bahagian Air dan Marin, JAS . Turut hadir dalam kunjungan hormat ini adalah Pn. Norina Frederick Sambang, Ketua Penolong Pengarah Kanan dan pegawai-pegawai dari Seksyen Kontingensi Tumpahan Minyak, Bahagian Air dan Marin JAS Putrajaya. Kunjungan hormat ini turut menjadi flatform untuk memperkenalkan Pengarah Urusan PIMMAG yang baharu iaitu YBrs. En Zalisyam bin Zahari yang berkuatkuasa 1 Disember 2025 bagi mengantikan Captain Zalina binti Sungip. PIMMAG juga turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas kerjasama erat dan kepercayaan yang telah terjalin antara PIMMAG dan JAS selama ini. Selain itu, perbincangan turut memberi tumpuan kepada potensi kerjasama strategik pada masa hadapan demi menyokong pembangunan industri marin yang mampan dan pemeliharaan alam sekitar.

Penganjur
Bahagian Air & Marin
Lokasi
Bilik Rafflesia, JAS
Fail / Media (3)
  • 20251912163040255.jpg .jpg Buka
  • 20251912163201587.jpg .jpg Buka
  • 20251912163222954.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS