Koleksi Gambar / Program Pengawasan

LAWATAN TAPAK KE STESEN PENGAWASAN KUALITI AIR SUNGAI AUTOMATIK SUNGAI KLANG

Oleh rosmanyah · 19/12/2025 · 2 paparan

Tarikh: 29 September 2025 Jabatan Alam Sekitar (JAS) melalui Seksyen Perlindungan Air Daratan, Bahagian Air dan Marin, JAS Ibu Pejabat bersama pihak konsesi Pakar Scieno TW Sdn. Bhd. (PSTW) telah mengadakan lawatan tapak ke stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Automatik di Sungai Klang. Stesen pengawasan ini merupakan inisiatif Jabatan Alam Sekitar di bawah Program Pengawasan Kualiti Alam Sekitar (EQMP). Lawatan yang diketuai oleh Pengarah Bahagian Air dan Marin ini turut dihadiri pegawai JAS Ibu Pejabat, JAS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, serta wakil PSTW. Fokus utama lawatan adalah untuk membuat pemantauan dengan membuat pengukuran in-situ bagi di anak-anak sungai yang memasuki Sungai Klang di hulu stesen ini dan mengenalpasti punca-punca pencemaran yang terdapat di sekitar stesen pengawasan tersebut. Selain itu, lawatan ini juga bagi mendapatkan maklumat berkenaan isu-isu teknikal berkaitan pengoperasian stesen dan mengenalpasti langkah-langkah penambahbaikan bagi mengoptimakan pengoperasian stesen pengawasan kualiti air sungai berkenaan. JAS akan terus komited memperkukuh pemantauan kualiti air sungai, khususnya di Sungai Klang, demi kelestarian alam sekitar dan kesejahteraan masyarakat.

Penganjur
Bahagian Air Marin, JAS
Lokasi
stesen Pengawasan Kualiti Air Sungai Automatik, Sungai Klang
Fail / Media (4)
  • 20251912103429064.jpg .jpg Buka
  • 20251912103454805.jpg .jpg Buka
  • 20251912103504628.jpg .jpg Buka
  • 20251912103513144.jpg .jpg Buka

Hubungi Kami
Perpustakaan Enviro Digital @JAS
Aras 1 – 4, Podium 2 & 3,
Wisma Sumber Asli
No.25, Persiaran Perdana, Presint 4
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62574 Putrajaya, Malaysia.

Telefon - 03-8871 2000/2200
Emel - [email protected]

Waktu Operasi
Selasa – Khamis:
9.00 Pagi – 4.30 Petang

Jumaat:
9.00 Pagi – 12.15 Tengahari
2:45 Petang - 4.30 Petang

Isnin dan cuti umum - Tutup

Media Sosial JAS